RSS

Sunday, August 28, 2011

SMKDMY Di Hati....

As salam..berakhir sudah status ku sebagai seorang cikgu praktikal n students..hujan pada hari jumaat, 26hb ogos seperti perasaan ku jugak...sangat2 sedey untuk meninggalkan warga SMKDMY n my dear students...minggu terakhir dimanfaatkan dengan mengambil gambar kenangan bersama-sama dan memberi nasihat agar mereka menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti...pas 2 de jugak suh diaorang wat refleksi kat kertas...macam2 komen...sedih, rasa nak tergelak, hepi pun ader bila baca kertas tuh..apa2 pun segala komen yang mereka tulis tuh akan dijadikan panduan...thanks soo muchh my dear students...last day di sekolah, p&p memang takde...de majlis perlantikan pengawas sekolah..dan hari tu diminta untuk tolong di bahagian penyampaian watikah perlantikan...ermm...tugas terakhirrrr di sekolahh...tepat jam 11.45 pagi sume siap sedia untuk pulang...semua pelajar diminta untuk berbaris dan bersalaman dengan cikgu-cikgu...tak tahan bila de student yang diajar menangis...huhuhu....tambah lagi sedih bila cikgu-cikgu pun menangis sama...sedihnyaa...cikgu-cikgu SMKDMY sangat2 baik..sepanjang 14 minggu di sekolah tu, takde jurang antara kami...bak kata Kak Yati "kita kat sekolah macam 1 family"...yupppp..memang tak dinafikan...susah cari sekolah camni...lagi satu yang betul2 wat terharu ialah bila ade seorang cikgu (cikgu chong) yang sudi nak hantar p ktm..berkali-kali cikgu ni offer nak hantar...pas tu, Cikgu chong inform yang sorang cikgu pun nak turut sama hantar...terkejut jugak ar cikgu Woon nk join sekali...pas 2 diaorang siap tolong angkat+hantar sampai masuk tren g..adoiii...sangat-sangat terharu dengan pertolongan mereka...pas tu bagi ar cikgu2 ni keychain yang aku tempah...mula-mula mereka terkejut jugak, tapi aku cakap ar sebagai tanda terima kasih...ermmm...lagi satu nak cerita, cikgu2 kat sana memang murah hati...tolong hantar p pejabat pos, singgah umah n g sekolah sama-sama, hantar balik umah...etc..segala memori bersama warga SMKDMY akan tetap di ingatan...kepada pelajar-pelajar cikgu seramai 101 orangg tu (jenuh nak ingat nama, tapi walaupun tak ingat nama, cikgu ingat rupa kamu yer...ehehehe)...terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh cikgu mengajar kamu...1 KRK (1 Rahman), 1 Razak, 1 Hussein, 4 Razak n 4 Hussein..walaupun cikgu kadang-kadang marah kamu, tu sebab cikgu sayangkannn kamu semua....kamu yang mengajar cikgu cara untuk menjadi seorang cikgu...cikgu doakan semoga kamu semua berjaya di dunia dan akhirat...aminn....

With Love...

0 Sila le komen, toksah segan yer:

Post a Comment